Technology

AHB umum agihan pendapatan 5 sen seunit tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), bersama pengurus dana PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.10 sen seunit bagi dana patuh Syariah, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2025. Selain itu, penaja dana, PHB turut mengisytiharkan agihan bonus 0.40 sen seunit, menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.50 sen seunit. Agihan bonus ini terhad kepada sejuta unit pertama bagi setiap pemegang unit. Dengan mengambil kira agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit yang diumumkan pada April lalu, jumlah keseluruhan agihan pendapatan AHB bagi tahun kewangan 2025 adalah 5.00 sen seunit. Bagi enam bulan berakhir 30 September 2025, sebanyak RM118.7 juta diagihkan, menjadikan jumlah keseluruhan bayaran agihan tahun ini sebanyak RM235 juta yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit. Agihan pendapatan ini dikecualikan cukai dan telah dizakatkan, sekali gus membolehkan pemegang unit menerima agihan bersih tanpa perlu menolak zakat atau kewajipan lain. Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata sebagai penaja AHB, PHB mengekalkan portfolio hartanah yang kukuh dan seimbang untuk memberi pulangan mampan serta mengurus risiko pasaran hartanah selaras dengan penetapan aset strategik. "Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, kami menyasarkan dedahan meluas di sektor berpotensi tinggi termasuk Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak menerusi pendekatan pengurusan portfolio berdisiplin. "Strategi kami memberi tumpuan kepada pemerolehan aset berkualiti di lokasi strategik serta penambahbaikan hartanah sedia ada dengan mengutamakan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). "Langkah ini membolehkan AHB terus memberi pulangan stabil dan konsisten kepada pemegang unit, melebihi penanda arasnya," katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak, berkata pengurus dana itu komited meningkatkan pengalaman pemegang unit dan memperluas capaian kepada AHB. "Pada Jun lalu, kami melancarkan MyAHB Portal, membuka 300 juta unit AHB serta melantik Bank Rakyat sebagai pengedar sah baharu. "Usaha ini berjaya memperluas akses pelaburan dan menyumbang kepada peningkatan 15 peratus pemegang unit baharu menjelang akhir tahun," katanya. Agihan pendapatan akan dibayar secara tunai atau dalam bentuk unit AHB bagi pemegang unit yang memiliki kurang daripada 10,000 unit dan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar atau akaun AHB masing-masing pada 14 Oktober 2025. Pelabur Bumiputera yang berminat melanggani AHB boleh berbuat demikian pada harga tetap RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM100 dan maksimum RM1 juta. Sejak diperkenalkan pada 2010, AHB telah mengagihkan pendapatan kumulatif berjumlah RM2.43 bilion kepada pemegang unit Bumiputera.

AHB umum agihan pendapatan 5 sen seunit tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), bersama pengurus dana PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.10 sen seunit bagi dana patuh Syariah, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2025.

Selain itu, penaja dana, PHB turut mengisytiharkan agihan bonus 0.40 sen seunit, menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.50 sen seunit.

Agihan bonus ini terhad kepada sejuta unit pertama bagi setiap pemegang unit.

Dengan mengambil kira agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit yang diumumkan pada April lalu, jumlah keseluruhan agihan pendapatan AHB bagi tahun kewangan 2025 adalah 5.00 sen seunit.

Bagi enam bulan berakhir 30 September 2025, sebanyak RM118.7 juta diagihkan, menjadikan jumlah keseluruhan bayaran agihan tahun ini sebanyak RM235 juta yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.

Agihan pendapatan ini dikecualikan cukai dan telah dizakatkan, sekali gus membolehkan pemegang unit menerima agihan bersih tanpa perlu menolak zakat atau kewajipan lain.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata sebagai penaja AHB, PHB mengekalkan portfolio hartanah yang kukuh dan seimbang untuk memberi pulangan mampan serta mengurus risiko pasaran hartanah selaras dengan penetapan aset strategik.

"Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, kami menyasarkan dedahan meluas di sektor berpotensi tinggi termasuk Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak menerusi pendekatan pengurusan portfolio berdisiplin.

"Strategi kami memberi tumpuan kepada pemerolehan aset berkualiti di lokasi strategik serta penambahbaikan hartanah sedia ada dengan mengutamakan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

"Langkah ini membolehkan AHB terus memberi pulangan stabil dan konsisten kepada pemegang unit, melebihi penanda arasnya," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak, berkata pengurus dana itu komited meningkatkan pengalaman pemegang unit dan memperluas capaian kepada AHB.

"Pada Jun lalu, kami melancarkan MyAHB Portal, membuka 300 juta unit AHB serta melantik Bank Rakyat sebagai pengedar sah baharu.

"Usaha ini berjaya memperluas akses pelaburan dan menyumbang kepada peningkatan 15 peratus pemegang unit baharu menjelang akhir tahun," katanya.

Agihan pendapatan akan dibayar secara tunai atau dalam bentuk unit AHB bagi pemegang unit yang memiliki kurang daripada 10,000 unit dan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar atau akaun AHB masing-masing pada 14 Oktober 2025.

Pelabur Bumiputera yang berminat melanggani AHB boleh berbuat demikian pada harga tetap RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM100 dan maksimum RM1 juta.

Sejak diperkenalkan pada 2010, AHB telah mengagihkan pendapatan kumulatif berjumlah RM2.43 bilion kepada pemegang unit Bumiputera.

Related Articles