Amerika Syarikat akan beri pertimbangan khusus pada sektor semikonduktor dalam rundingan tarif bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan AS. (Gambar Pixabay)
KUALA LUMPUR: Sektor semikonduktor negara akan diberikan pertimbangan khusus oleh Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan tarif bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan AS, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata tarif berkaitan semikonduktor merupakan tarif sektoral yang tidak termasuk di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai Malaysia-AS baru-baru ini.
"Dalam perjanjian ART tidak termasuk isu tarif sektoral... semikonduktor termasuk dalam seksyen 232 yang akan dipertimbangkan oleh setiausaha perdagangan AS.
"Apa yang telah dirundingkan adalah dengan Wakil Perdagangan AS (USTR)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) berhubung impak perjanjian perdagangan itu ke atas sektor semikonduktor.
Menjawab soalan berasingan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berhubung isu halal susulan Perjanjian ART Malaysia-AS, Liew berkata proses kelulusan pengimportan produk halal dari AS kekal seperti sedia ada di bawah perjanjian itu.
Katanya, ia perlu mematuhi keperluan standard halal Malaysia dan Akta Perihal Dagangan (Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal) bagi tujuan perdagangan dalam Malaysia.
"Peraturan tersebut menetapkan hanya produk halal yang mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal AS yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan memenuhi keperluan halal Malaysia sahaja akan diperakukan dan dibenarkan bagi tujuan eksport ke Malaysia," katanya.
AS beri pertimbangan khusus pada rundingan tarif semikonduktor
Amerika Syarikat akan beri pertimbangan khusus pada sektor semikonduktor dalam rundingan tarif bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan AS. (Gambar Pixabay) KUALA LUMPUR: Sektor semikonduktor negara akan diberikan pertimbangan khusus oleh Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan tarif bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan AS, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. Beliau berkata tarif berkaitan semikonduktor merupakan tarif sektoral yang tidak termasuk di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai Malaysia-AS baru-baru ini. "Dalam perjanjian ART tidak termasuk isu tarif sektoral... semikonduktor termasuk dalam seksyen 232 yang akan dipertimbangkan oleh setiausaha perdagangan AS. "Apa yang telah dirundingkan adalah dengan Wakil Perdagangan AS (USTR)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) berhubung impak perjanjian perdagangan itu ke atas sektor semikonduktor. Menjawab soalan berasingan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berhubung isu halal susulan Perjanjian ART Malaysia-AS, Liew berkata proses kelulusan pengimportan produk halal dari AS kekal seperti sedia ada di bawah perjanjian itu. Katanya, ia perlu mematuhi keperluan standard halal Malaysia dan Akta Perihal Dagangan (Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal) bagi tujuan perdagangan dalam Malaysia. "Peraturan tersebut menetapkan hanya produk halal yang mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal AS yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan memenuhi keperluan halal Malaysia sahaja akan diperakukan dan dibenarkan bagi tujuan eksport ke Malaysia," katanya.