Technology

Dessini sajikan resipi kejayaan serantau

SEBAGAI salah satu jenama perkakas rumah dan dapur yang semakin dikenali di Malaysia, Dessini pantas muncul sebagai salah satu jenama perkakas rumah dan dapur yang paling dikenali di Malaysia. Jenama ini didorong oleh matlamat jelas iaitu untuk mendekatkan kualiti kepada semua dengan menawarkan produk yang setanding prestasi dan kebolehpercayaan jenama global, tetapi dengan harga mampu dimiliki rakyat Malaysia. Pada tahun 2025, jenama itu mencatatkan prestasi terbaiknya setakat ini, dengan menjual 1.9 juta unit merentasi 2,030 varian produk, satu pencapaian memecah rekod yang mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan. Syarikat induknya, Chiwawa Asia, ialah platform e-dagang sehenti terkemuka di Malaysia serta hab dagangan dan pengedaran dalam talian yang penting. Ia melayani ekosistem yang luas, merangkumi pengguna akhir, perusahaan swasta, kilang, hinggalah kepada agensi kerajaan. Baru-baru ini, Chiwawa dan Dessini menerima pengiktirafan ke senarai Asean Records 2025 atas prestasi cemerlang mereka. Tahniah atas pencapaian Asean Records bagi jumlah unit perkakas memasak tertinggi yang dijual dalam setahun. Apakah strategi utama yang menyumbang kepada pencapaian luar biasa ini? Pencapaian ini hasil usaha berpasukan dan kepercayaan pengguna yang teguh. Berpandukan pendekatan mengutamakan pelanggan, kami sentiasa mengkaji tabiat pengguna untuk membangunkan perkakas memasak berkualiti tinggi dan berpatutan yang disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Kejayaan kami diperkukuh oleh kehadiran saluran menyeluruh yang mantap, daripada jualan dalam kedai hinggalah ke platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok Shop. Ia memastikan akses mudah untuk semua pelanggan. Kami juga mengamalkan strategi pemasaran kolaboratif, bekerjasama dengan pencipta kandungan tempatan dan mengambil bahagian dalam kempen dalam pasaran maya untuk mencapai audiens yang lebih luas. Kami sentiasa komited kepada janji kami iaitu memberikan nilai tanpa menjejaskan kualiti atau kemampuan. Jualan melebihi 1.9 juta unit, termasuk 327,000 set merentasi 2,030 varian, adalah satu pencapaian sangat besar. Bagaimanakah Dessini mengekalkan kualiti supaya kekal konsisten? Menguruskan portfolio yang pelbagai memerlukan sistem pengurusan kualiti sangat berstruktur. Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 30 pembangun produk dan pakar jaminan kualiti untuk memastikan setiap produk menjalani ujian dan pemeriksaan yang rapi sebelum dikeluarkan. Kami juga menyeragamkan pengeluaran merentasi kilang rakan kongsi dan hanya bekerjasama dengan pembekal yang disahkan dan sudah lama bekerjasama. Setiap produk yang menggunakan nama Dessini mesti memenuhi piawaian yang sama iaitu tahan lama, selamat dan bergaya. Apakah yang mendorong populariti Dessini di Malaysia, dan bagaimanakah tingkah laku pengguna tempatan membentuk strategi produk dan pemasaran anda? Kejayaan kami terletak pada pemahaman, pengguna Malaysia menghargai praktikaliti, ketahanan dan kemampuan harga. Tradisi masakan tempatan, daripada memasak rendang, menggoreng kilas, hingga mengukus, menuntut perkakas memasak yang berprestasi merentasi pelbagai gaya masakan. Oleh itu, reka bentuk kami memberi keutamaan kepada salutan antilekat (non-stick) termaju, pemegang ergonomik, dan estetik kontemporari yang sesuai untuk dapur moden Malaysia. Dari segi pemasaran, kami menekankan pembabitan tulen melalui penstriman secara langsung, kolaborasi dengan pencipta kandungan dan acara komuniti yang mendekatkan jenama kepada pengguna. Produk manakah yang paling popular atau inovatif? Produk kami yang terlaris adalah Set Memasak Premium Antilekat Saiz 12 Dessini. Ia menggabungkan kualiti, kepraktisan dan kemampuan harga dengan tiga ciri yang amat dihargai isi rumah Malaysia. Set ini menampilkan salutan antilekat yang tahan lama, pengagihan haba yang sekata, dan pelbagai saiz kuali untuk masakan harian. Pelanggan mengatakan, set ini mudah dibersihkan, tahan lama dan memberikan prestasi perkakas memasak premium pada harga yang berpatutan. Bagaimanakah Dessini membuat keputusan mengenai produk baharu untuk diperkenalkan? Setiap produk bermula dengan maklum balas daripada pengguna. Kami memantau data jualan, maklum balas dan trend masakan untuk mengenal pasti keperluan sebenar. Pasukan penyelidikan dan pembangunan kami kemudiannya membangunkan prototaip yang mengimbangi prestasi, reka bentuk dan kemampuan harga. Sebelum pengeluaran secara besar-besaran, kami merintis produk baharu di kedai terpilih dan platform dalam talian untuk memastikan ia memberikan nilai sebenar kepada pengguna. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh platform e-dagang dan kerjasama peruncitan dalam kejayaan anda? E-dagang membawa perubahan besar kepada jualan dan populariti jenama kami. Platform seperti Shopee, TikTok Shop, dan Lazada membolehkan kami mencapai jutaan pelanggan secara langsung. Kerjasama ini menyediakan akses kepada data yang berharga, alatan pemasaran, dan peluang dagangan secara langsung, berbeza dengan peruncitan konvensional. Pada masa sama, kami terus mengukuhkan kehadiran luar talian kami melalui kolaborasi dengan pasar raya besar dan jerayawara di seluruh negara, mewujudkan pengalaman dalam talian-ke-luar talian yang lancar untuk pelanggan. Bagaimanakah Dessini menangani kelestarian dalam bahan dan proses pengeluarannya? Kelestarian adalah sebahagian daripada operasi kami. Kami sedang beralih kepada bahan mesra alam dan proses pengeluaran yang cekap tenaga. Semua perkakas memasak kami kini menggunakan salutan anti-lekat bebas PFOA, dan pembungkusan kami sudah beralih daripada plastik kepada kotak kadbod yang boleh dikitar semula. Langkah-langkah ini mencerminkan komitmen kami untuk mengurangkan jejak alam sekitar. Apakah trend baharu yang anda lihat membentuk pertumbuhan Dessini dan Chiwawa dalam beberapa tahun akan datang? Walaupun pasaran seperti China dan Indonesia mempunyai ekosistem e-dagang yang sangat matang, sektor Malaysia mempunyai potensi amat besar dan pesat berkembang. Kami melihat ini sebagai peluang signifikan, dan kami percaya Malaysia akan mengalami lonjakan pertumbuhan yang serupa seperti yang dilihat di negara jiran tidak lama lagi. Sepanjang tiga hingga lima tahun akan datang, landskap e-dagang tempatan akan berkembang dengan pantas, mewujudkan peluang transformatif untuk pemain industri seperti kami. Apakah langkah seterusnya untuk Dessini dan Chiwawa di Malaysia dan rantau ini? Kami mengukuhkan kehadiran domestik kami melalui pengembangan peruncitan luar talian dan kerjasama yang lebih mendalam dengan pencipta kandungan serta ahli gabungan (affiliates). Di peringkat serantau, kami sedang meneroka kolaborasi merentasi pasaran Asean. Pelan hala tuju produk kami melangkaui perkakas memasak untuk merangkumi perkakas rumah kecil, alatan dapur pintar dan peralatan minuman yang premium. Wawasan kami amat jelas, untuk menetapkan Dessini sebagai jenama perkakas dapur paling dipercayai di Malaysia dan peneraju serantau di Asia Tenggara. Kami mahu frasa "Buatan Malaysia" berdiri teguh setanding kualiti yang bertaraf dunia. Dalam memperoleh kepercayaan pengguna, kami mengekalkan piawaian pada tahap yang tinggi, sentiasa berinovatif dan menghasilkan produk yang lebih baik.

Dessini sajikan resipi kejayaan serantau

SEBAGAI salah satu jenama perkakas rumah dan dapur yang semakin dikenali di Malaysia, Dessini pantas muncul sebagai salah satu jenama perkakas rumah dan dapur yang paling dikenali di Malaysia.

Jenama ini didorong oleh matlamat jelas iaitu untuk mendekatkan kualiti kepada semua dengan menawarkan produk yang setanding prestasi dan kebolehpercayaan jenama global, tetapi dengan harga mampu dimiliki rakyat Malaysia.

Pada tahun 2025, jenama itu mencatatkan prestasi terbaiknya setakat ini, dengan menjual 1.9 juta unit merentasi 2,030 varian produk, satu pencapaian memecah rekod yang mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan.

Syarikat induknya, Chiwawa Asia, ialah platform e-dagang sehenti terkemuka di Malaysia serta hab dagangan dan pengedaran dalam talian yang penting. Ia melayani ekosistem yang luas, merangkumi pengguna akhir, perusahaan swasta, kilang, hinggalah kepada agensi kerajaan.

Baru-baru ini, Chiwawa dan Dessini menerima pengiktirafan ke senarai Asean Records 2025 atas prestasi cemerlang mereka.

Tahniah atas pencapaian Asean Records bagi jumlah unit perkakas memasak tertinggi yang dijual dalam setahun. Apakah strategi utama yang menyumbang kepada pencapaian luar biasa ini?

Pencapaian ini hasil usaha berpasukan dan kepercayaan pengguna yang teguh. Berpandukan pendekatan mengutamakan pelanggan, kami sentiasa mengkaji tabiat pengguna untuk membangunkan perkakas memasak berkualiti tinggi dan berpatutan yang disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

Kejayaan kami diperkukuh oleh kehadiran saluran menyeluruh yang mantap, daripada jualan dalam kedai hinggalah ke platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok Shop. Ia memastikan akses mudah untuk semua pelanggan.

Kami juga mengamalkan strategi pemasaran kolaboratif, bekerjasama dengan pencipta kandungan tempatan dan mengambil bahagian dalam kempen dalam pasaran maya untuk mencapai audiens yang lebih luas. Kami sentiasa komited kepada janji kami iaitu memberikan nilai tanpa menjejaskan kualiti atau kemampuan.

Jualan melebihi 1.9 juta unit, termasuk 327,000 set merentasi 2,030 varian, adalah satu pencapaian sangat besar. Bagaimanakah Dessini mengekalkan kualiti supaya kekal konsisten?

Menguruskan portfolio yang pelbagai memerlukan sistem pengurusan kualiti sangat berstruktur. Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 30 pembangun produk dan pakar jaminan kualiti untuk memastikan setiap produk menjalani ujian dan pemeriksaan yang rapi sebelum dikeluarkan.

Kami juga menyeragamkan pengeluaran merentasi kilang rakan kongsi dan hanya bekerjasama dengan pembekal yang disahkan dan sudah lama bekerjasama. Setiap produk yang menggunakan nama Dessini mesti memenuhi piawaian yang sama iaitu tahan lama, selamat dan bergaya.

Apakah yang mendorong populariti Dessini di Malaysia, dan bagaimanakah tingkah laku pengguna tempatan membentuk strategi produk dan pemasaran anda?

Kejayaan kami terletak pada pemahaman, pengguna Malaysia menghargai praktikaliti, ketahanan dan kemampuan harga. Tradisi masakan tempatan, daripada memasak rendang, menggoreng kilas, hingga mengukus, menuntut perkakas memasak yang berprestasi merentasi pelbagai gaya masakan.

Oleh itu, reka bentuk kami memberi keutamaan kepada salutan antilekat (non-stick) termaju, pemegang ergonomik, dan estetik kontemporari yang sesuai untuk dapur moden Malaysia. Dari segi pemasaran, kami menekankan pembabitan tulen melalui penstriman secara langsung, kolaborasi dengan pencipta kandungan dan acara komuniti yang mendekatkan jenama kepada pengguna.

Produk manakah yang paling popular atau inovatif?

Produk kami yang terlaris adalah Set Memasak Premium Antilekat Saiz 12 Dessini. Ia menggabungkan kualiti, kepraktisan dan kemampuan harga dengan tiga ciri yang amat dihargai isi rumah Malaysia.

Set ini menampilkan salutan antilekat yang tahan lama, pengagihan haba yang sekata, dan pelbagai saiz kuali untuk masakan harian. Pelanggan mengatakan, set ini mudah dibersihkan, tahan lama dan memberikan prestasi perkakas memasak premium pada harga yang berpatutan.

Bagaimanakah Dessini membuat keputusan mengenai produk baharu untuk diperkenalkan?

Setiap produk bermula dengan maklum balas daripada pengguna. Kami memantau data jualan, maklum balas dan trend masakan untuk mengenal pasti keperluan sebenar. Pasukan penyelidikan dan pembangunan kami kemudiannya membangunkan prototaip yang mengimbangi prestasi, reka bentuk dan kemampuan harga.

Sebelum pengeluaran secara besar-besaran, kami merintis produk baharu di kedai terpilih dan platform dalam talian untuk memastikan ia memberikan nilai sebenar kepada pengguna.

Apakah peranan yang telah dimainkan oleh platform e-dagang dan kerjasama peruncitan dalam kejayaan anda?

E-dagang membawa perubahan besar kepada jualan dan populariti jenama kami. Platform seperti Shopee, TikTok Shop, dan Lazada membolehkan kami mencapai jutaan pelanggan secara langsung. Kerjasama ini menyediakan akses kepada data yang berharga, alatan pemasaran, dan peluang dagangan secara langsung, berbeza dengan peruncitan konvensional.

Pada masa sama, kami terus mengukuhkan kehadiran luar talian kami melalui kolaborasi dengan pasar raya besar dan jerayawara di seluruh negara, mewujudkan pengalaman dalam talian-ke-luar talian yang lancar untuk pelanggan.

Bagaimanakah Dessini menangani kelestarian dalam bahan dan proses pengeluarannya?

Kelestarian adalah sebahagian daripada operasi kami. Kami sedang beralih kepada bahan mesra alam dan proses pengeluaran yang cekap tenaga. Semua perkakas memasak kami kini menggunakan salutan anti-lekat bebas PFOA, dan pembungkusan kami sudah beralih daripada plastik kepada kotak kadbod yang boleh dikitar semula. Langkah-langkah ini mencerminkan komitmen kami untuk mengurangkan jejak alam sekitar.

Apakah trend baharu yang anda lihat membentuk pertumbuhan Dessini dan Chiwawa dalam beberapa tahun akan datang?

Walaupun pasaran seperti China dan Indonesia mempunyai ekosistem e-dagang yang sangat matang, sektor Malaysia mempunyai potensi amat besar dan pesat berkembang. Kami melihat ini sebagai peluang signifikan, dan kami percaya Malaysia akan mengalami lonjakan pertumbuhan yang serupa seperti yang dilihat di negara jiran tidak lama lagi. Sepanjang tiga hingga lima tahun akan datang, landskap e-dagang tempatan akan berkembang dengan pantas, mewujudkan peluang transformatif untuk pemain industri seperti kami.

Apakah langkah seterusnya untuk Dessini dan Chiwawa di Malaysia dan rantau ini?

Kami mengukuhkan kehadiran domestik kami melalui pengembangan peruncitan luar talian dan kerjasama yang lebih mendalam dengan pencipta kandungan serta ahli gabungan (affiliates).

Di peringkat serantau, kami sedang meneroka kolaborasi merentasi pasaran Asean. Pelan hala tuju produk kami melangkaui perkakas memasak untuk merangkumi perkakas rumah kecil, alatan dapur pintar dan peralatan minuman yang premium.

Wawasan kami amat jelas, untuk menetapkan Dessini sebagai jenama perkakas dapur paling dipercayai di Malaysia dan peneraju serantau di Asia Tenggara.

Kami mahu frasa "Buatan Malaysia" berdiri teguh setanding kualiti yang bertaraf dunia. Dalam memperoleh kepercayaan pengguna, kami mengekalkan piawaian pada tahap yang tinggi, sentiasa berinovatif dan menghasilkan produk yang lebih baik.

Related Articles