Technology

HONOR Magic8 Pro hidupkan mercu tanda KL, Kuching waktu malam

KUALA LUMPUR: Keindahan mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dan Kuching pada waktu malam kini dapat dirakam dengan perincian yang mengagumkan susulan teknologi kamera terbaharu. Syarikat teknologi HONOR mempertontonkan keupayaan telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic8 Pro, yang direka khusus untuk mengungguli fotografi dalam keadaan pencahayaan rendah. Menurut kenyataan media daripada HONOR Malaysia, gambar yang dikongsikan itu diambil oleh peminat fotografi mudah alih di sekitar kedua-dua bandar raya berkenaan. Pengujian itu membuktikan keupayaan peranti untuk mengekalkan ketepatan warna dan butiran imej walaupun dalam senario cahaya yang mencabar. Tumpuan utama adalah pada Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP. Siri foto yang dikongsi termasuk tangkapan foto panorama Kuala Lumpur yang diterangi cahaya malam. Dalam gambar-gambar itu, mercu tanda ikonik bandar raya menonjolkan ekspresi, suasana, dan emosi dengan tahap kejelasan yang luar biasa. Keupayaan ini, menurut HONOR, menandakan satu lonjakan besar dalam keupayaan fotografi mudah alih. Ia dijana oleh sensor telefoto 200MP yang didakwa terbesar dalam industri. Sensor bersaiz 1/1.4-inci ini digabungkan dengan bukaan apertur f/2.6 yang luas untuk menangkap butiran halus dari jarak jauh sambil memastikan pengambilan cahaya yang optimum. Bagi memastikan ketajaman imej, HONOR Magic8 Pro turut dilengkapi ciri penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA Tahap-5.5. HONOR mendakwa sistem ini adalah yang paling stabil dalam industri setakat ini. Faedah praktikal OIS itu adalah untuk mengurangkan gegaran tangan dan kekaburan akibat pergerakan. Ciri ini amat penting apabila pengguna melakukan zum jarak jauh, sama ada pada 10x atau sehingga 100x. Keupayaan ini dilihat menetapkan satu penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih. Prestasi Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP itu telah mendapat pujian daripada dua jurufoto bebas tempatan, Nazer Noor dan Ahmad Base. Mereka merupakan antara individu terawal yang mencuba peranti berkenaan di Malaysia. Ahmad Baser menyifatkan fotografi malam peranti itu amat mengagumkan. "Walaupun dalam pencahayaan yang sangat rendah, imej dihasilkan tajam, jelas, dan terperinci... Sudah tentu peranti ini antara kamera malam terbaik yang pernah saya cuba!" katanya. Nazer Noor pula menyatakan rasa kagumnya terhadap peningkatan keupayaan kamera itu, menyifatkan kejelasan dan ketepatan warnanya "nampak hidup, macam melihat semula momen itu depan mata". Beliau turut memuji fungsi zum telefoto yang "lancar, stabil dan tajam walaupun pada jarak jauh". Selain fotografi pemandangan, HONOR Magic8 Pro juga menonjol dalam keupayaan fotografi potret malam. Kehebatan ini didorong oleh algoritma Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih maju, di samping Kamera Utama Malam Ultra 50MP dengan sokongan OIS. Teknologi AI itu membolehkan "pembahagian segmen AI dan kawalan pencahayaan pintar". Hasilnya, peranti ini dapat menghasilkan potret dengan tona kulit semula jadi serta kesan bokeh (latar belakang kabur) yang "tampak hidup". Pelancaran peranti ini sejajar dengan misi HONOR sebagai syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global. Syarikat itu komited untuk "merevolusikan interaksi manusia-ke-peranti" dalam era ejen AI. HONOR akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai Magic8 Pro pada 10 November ini.

HONOR Magic8 Pro hidupkan mercu tanda KL, Kuching waktu malam

KUALA LUMPUR: Keindahan mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dan Kuching pada waktu malam kini dapat dirakam dengan perincian yang mengagumkan susulan teknologi kamera terbaharu.

Syarikat teknologi HONOR mempertontonkan keupayaan telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic8 Pro, yang direka khusus untuk mengungguli fotografi dalam keadaan pencahayaan rendah.

Menurut kenyataan media daripada HONOR Malaysia, gambar yang dikongsikan itu diambil oleh peminat fotografi mudah alih di sekitar kedua-dua bandar raya berkenaan.

Pengujian itu membuktikan keupayaan peranti untuk mengekalkan ketepatan warna dan butiran imej walaupun dalam senario cahaya yang mencabar.

Tumpuan utama adalah pada Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP. Siri foto yang dikongsi termasuk tangkapan foto panorama Kuala Lumpur yang diterangi cahaya malam.

Dalam gambar-gambar itu, mercu tanda ikonik bandar raya menonjolkan ekspresi, suasana, dan emosi dengan tahap kejelasan yang luar biasa.

Keupayaan ini, menurut HONOR, menandakan satu lonjakan besar dalam keupayaan fotografi mudah alih.

Ia dijana oleh sensor telefoto 200MP yang didakwa terbesar dalam industri. Sensor bersaiz 1/1.4-inci ini digabungkan dengan bukaan apertur f/2.6 yang luas untuk menangkap butiran halus dari jarak jauh sambil memastikan pengambilan cahaya yang optimum.

Bagi memastikan ketajaman imej, HONOR Magic8 Pro turut dilengkapi ciri penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA Tahap-5.5. HONOR mendakwa sistem ini adalah yang paling stabil dalam industri setakat ini.

Faedah praktikal OIS itu adalah untuk mengurangkan gegaran tangan dan kekaburan akibat pergerakan. Ciri ini amat penting apabila pengguna melakukan zum jarak jauh, sama ada pada 10x atau sehingga 100x. Keupayaan ini dilihat menetapkan satu penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih.

Prestasi Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP itu telah mendapat pujian daripada dua jurufoto bebas tempatan, Nazer Noor dan Ahmad Base. Mereka merupakan antara individu terawal yang mencuba peranti berkenaan di Malaysia.

Ahmad Baser menyifatkan fotografi malam peranti itu amat mengagumkan.

"Walaupun dalam pencahayaan yang sangat rendah, imej dihasilkan tajam, jelas, dan terperinci... Sudah tentu peranti ini antara kamera malam terbaik yang pernah saya cuba!" katanya.

Nazer Noor pula menyatakan rasa kagumnya terhadap peningkatan keupayaan kamera itu, menyifatkan kejelasan dan ketepatan warnanya "nampak hidup, macam melihat semula momen itu depan mata".

Beliau turut memuji fungsi zum telefoto yang "lancar, stabil dan tajam walaupun pada jarak jauh".

Selain fotografi pemandangan, HONOR Magic8 Pro juga menonjol dalam keupayaan fotografi potret malam. Kehebatan ini didorong oleh algoritma Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih maju, di samping Kamera Utama Malam Ultra 50MP dengan sokongan OIS.

Teknologi AI itu membolehkan "pembahagian segmen AI dan kawalan pencahayaan pintar". Hasilnya, peranti ini dapat menghasilkan potret dengan tona kulit semula jadi serta kesan bokeh (latar belakang kabur) yang "tampak hidup".

Pelancaran peranti ini sejajar dengan misi HONOR sebagai syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global. Syarikat itu komited untuk "merevolusikan interaksi manusia-ke-peranti" dalam era ejen AI. HONOR akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai Magic8 Pro pada 10 November ini.

Related Articles