Technology

Kadar cukai karbon masih belum ditetapkan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum menetapkan kadar membabitkan cukai karbon yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan, sekali gus menepis dakwaan laporan berita mengatakan cukai berkenaan akan ditetapkan pada kadar RM15 setiap tan pelepasan karbon. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah, berkata laporan dikeluarkan agensi berita itu adalah terlalu awal kerana ketika ini kerajaan mahu membentangkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) terlebih dahulu. "Kita ada metodologi, kita tahu bagaimana nak mengukur (pelepasan karbon) dalam penanda asas (baseline) yang kita ada. Jadi buat masa sekarang Kementerian Kewangan (MOF) belum membuat kajian yang mendalam yang mengatakan berapa cukai karbon kita nak buat. "Yang baseline itu penting kita nak wujudkan dulu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Kita akan tunggu RUUPIN diluluskan kerana ia penting untuk mewujudkan metodologi standard dalam pengiraan pelepasan karbon. "Apabila kita sudah mengetahui jumlah sebenar pelepasan yang dikeluarkan oleh sesuatu pihak dan mempunyai penanda aras (benchmark) yang jelas, maka kita boleh melaksanakan cukai karbon secara adil. Sekiranya seseorang atau syarikat mengeluarkan pelepasan melebihi paras penanda aras yang ditetapkan, mereka akan dikenakan cukai karbon," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2025 di sini, hari ini. Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Semalam Bloomberg melaporkan bahawa Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menetapkan cukai karbon yang dirancang ke atas industri berkaitan pada kadar permulaan RM15 (AS$3.58) bagi setiap tan pelepasan, sebagai usaha untuk mengurangkan jejak iklim negara. Kerajaan telah mengadakan sesi perundingan mengenai cadangan tersebut, yang turut membabitkan penubuhan sebuah agensi baharu bagi melaksanakan inisiatif perubahan iklim, menurut sumber yang mengetahui perkara itu. Mereka meminta supaya identiti dirahsiakan kerana perbincangan masih bersifat tertutup. Menurut sumber, perbincangan masih berjalan dan rancangan itu masih boleh berubah. Sementara itu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kelmarin berkata RUUPIN dijadual dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Ke-15 tahun hadapan. Katanya, RUUPIN kini pada peringkat semakan Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas beberapa penyesuaian diperlukan, termasuk keputusan kerajaan menentukan entiti pengawal selia perubahan iklim negara. "RUU ini dijadualkan untuk dibentangkan pada mesyuarat pertama penggal ke-5 Parlimen 15 tahun 2026. Sepatutnya, ia tahun ini tetapi ada sedikit perubahan. "AGC nak minta kerajaan menentukan sama ada siapa nak pantau RUUPIN ini. Jadi agensi ini kita sedang fikirkan sama ada kita nak buat agensi macam MPOP, sama ada ia dihubungkan dengan kerajaan ataupun secara berasingan, inilah yang menyebabkan berlaku sedikit kelewatan," katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini. Mengulas lanjut Amir berkata, hasil daripada kutipan cukai karbon ini pula akan digunakan untuk tujuan adaptasi dan pelaksanaan pelbagai inisiatif pengurangan karbon. "Syarikat yang melaksanakan inisiatif hijau atau usaha mengurangkan pelepasan akan menerima insentif daripada kerajaan," katanya.

Kadar cukai karbon masih belum ditetapkan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum menetapkan kadar membabitkan cukai karbon yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan, sekali gus menepis dakwaan laporan berita mengatakan cukai berkenaan akan ditetapkan pada kadar RM15 setiap tan pelepasan karbon.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah, berkata laporan dikeluarkan agensi berita itu adalah terlalu awal kerana ketika ini kerajaan mahu membentangkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) terlebih dahulu.

"Kita ada metodologi, kita tahu bagaimana nak mengukur (pelepasan karbon) dalam penanda asas (baseline) yang kita ada. Jadi buat masa sekarang Kementerian Kewangan (MOF) belum membuat kajian yang mendalam yang mengatakan berapa cukai karbon kita nak buat.

"Yang baseline itu penting kita nak wujudkan dulu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Kita akan tunggu RUUPIN diluluskan kerana ia penting untuk mewujudkan metodologi standard dalam pengiraan pelepasan karbon.

"Apabila kita sudah mengetahui jumlah sebenar pelepasan yang dikeluarkan oleh sesuatu pihak dan mempunyai penanda aras (benchmark) yang jelas, maka kita boleh melaksanakan cukai karbon secara adil. Sekiranya seseorang atau syarikat mengeluarkan pelepasan melebihi paras penanda aras yang ditetapkan, mereka akan dikenakan cukai karbon," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2025 di sini, hari ini. Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Semalam Bloomberg melaporkan bahawa Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menetapkan cukai karbon yang dirancang ke atas industri berkaitan pada kadar permulaan RM15 (AS$3.58) bagi setiap tan pelepasan, sebagai usaha untuk mengurangkan jejak iklim negara.

Kerajaan telah mengadakan sesi perundingan mengenai cadangan tersebut, yang turut membabitkan penubuhan sebuah agensi baharu bagi melaksanakan inisiatif perubahan iklim, menurut sumber yang mengetahui perkara itu. Mereka meminta supaya identiti dirahsiakan kerana perbincangan masih bersifat tertutup.

Menurut sumber, perbincangan masih berjalan dan rancangan itu masih boleh berubah.

Sementara itu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kelmarin berkata RUUPIN dijadual dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Ke-15 tahun hadapan.

Katanya, RUUPIN kini pada peringkat semakan Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas beberapa penyesuaian diperlukan, termasuk keputusan kerajaan menentukan entiti pengawal selia perubahan iklim negara.

"RUU ini dijadualkan untuk dibentangkan pada mesyuarat pertama penggal ke-5 Parlimen 15 tahun 2026. Sepatutnya, ia tahun ini tetapi ada sedikit perubahan.

"AGC nak minta kerajaan menentukan sama ada siapa nak pantau RUUPIN ini. Jadi agensi ini kita sedang fikirkan sama ada kita nak buat agensi macam MPOP, sama ada ia dihubungkan dengan kerajaan ataupun secara berasingan, inilah yang menyebabkan berlaku sedikit kelewatan," katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mengulas lanjut Amir berkata, hasil daripada kutipan cukai karbon ini pula akan digunakan untuk tujuan adaptasi dan pelaksanaan pelbagai inisiatif pengurangan karbon.

"Syarikat yang melaksanakan inisiatif hijau atau usaha mengurangkan pelepasan akan menerima insentif daripada kerajaan," katanya.

Related Articles