Technology

Op Tiger: SPRM bakal dakwa 49 individu bulan ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa secara besar-besaran pegawai dan bekas kakitangan bank disyaki terbabit rasuah menguruskan ratusan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan dimohon pelanggan. Difahamkan, 49 suspek akan didakwa di mahkamah secara berperingkat bulan ini. Semua 249 pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Pertuduhan itu adalah yang terbaharu membabitkan pegawai dan bekas kakitangan bank dalam tempoh sebulan, selepas SPRM mendakwa 16 individu baru-baru ini. Ia termasuk pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan yang disyaki terbabit dalam sindiket pemberian pinjaman luar biasa kepada ribuan penjawat awam. BH difahamkan, semua suspek ditahan dalam operasi khas oleh sepasukan pegawai Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) digelar Op Tiger. Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma terbabit menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan pelanggan. Menurut sumber, kegiatan rasuah itu berlaku antara 2018 hingga 2023. "Kegiatan rasuah membabitkan firma guaman dan pegawai bank itu dibongkar SPRM menerusi Op Tiger sekitar Jun 2024, yang mana komisen dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan selesai," kata sumber di sini, hari ini. Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat SPRM mengesahkan pendakwaan besar-besaran itu. Katanya, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, membabitkan 249 pertuduhan dengan nilai rasuah hampir RM700,000," katanya.

Op Tiger: SPRM bakal dakwa 49 individu bulan ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa secara besar-besaran pegawai dan bekas kakitangan bank disyaki terbabit rasuah menguruskan ratusan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan dimohon pelanggan.

Difahamkan, 49 suspek akan didakwa di mahkamah secara berperingkat bulan ini.

Semua 249 pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Pertuduhan itu adalah yang terbaharu membabitkan pegawai dan bekas kakitangan bank dalam tempoh sebulan, selepas SPRM mendakwa 16 individu baru-baru ini.

Ia termasuk pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan yang disyaki terbabit dalam sindiket pemberian pinjaman luar biasa kepada ribuan penjawat awam.

BH difahamkan, semua suspek ditahan dalam operasi khas oleh sepasukan pegawai Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) digelar Op Tiger.

Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma terbabit menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan pelanggan.

Menurut sumber, kegiatan rasuah itu berlaku antara 2018 hingga 2023.

"Kegiatan rasuah membabitkan firma guaman dan pegawai bank itu dibongkar SPRM menerusi Op Tiger sekitar Jun 2024, yang mana komisen dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan selesai," kata sumber di sini, hari ini.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat SPRM mengesahkan pendakwaan besar-besaran itu.

Katanya, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, membabitkan 249 pertuduhan dengan nilai rasuah hampir RM700,000," katanya.

Related Articles