Technology

Pampasan RM3.2j untuk isteri, kehilangan Amri Che Mat sejak 2016 masih misteri

KUALA LUMPUR: Hampir sembilan tahun lalu, Amri Che Mat, seorang aktivis sosial dan kebajikan dilaporkan hilang secara misteri dan insiden di Bukit Chabang, Perlis itu kemudian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana polis mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan kejadian berkenaan ada kaitan dengan unsur jenayah. Namun isterinya, Noorhayati Mohd Ariffin mendakwa melihat beberapa kenderaan pacuan empat roda mengepung kenderaan jenis Toyota Fortuner dipandu suaminya, namun sehingga kini identiti mereka masih menjadi misteri. Mahu menuntut jawapan yang jelas daripada pihak berkuasa, wanita itu memfailkan saman bagi mendapatkan maklumat mengenai nasib suaminya. Saman berkenaan difailkan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menjalankan inkuiri awam bermula Oktober 2017 merumuskan bahawa Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan 'secara paksa' Amri dan seorang lagi individu, Pastor Raymond Koh. Akhirnya semalam, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan saman difailkan Noorhayati dan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berjumlah RM3,264,457.52 berserta kos dan faedah kepada wanita itu, manakala PDRM juga diarah membuka semula siasatan kehilangan Amri dan melaporkan perkembangan kepada Peguam Negara (AGC) setiap dua bulan. Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati Noorhayati selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya melalui imbangan kebarangkalian dengan pihak berkuasa juga didapati melanggar hak wanita itu untuk hidup seperti yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan apabila gagal menjalankan siasatan sewajarnya terhadap kehilangan Amri. Sehingga kini, Amri masih belum ditemui dan tidak banyak maklumat baharu diketahui mengenai kes terbabit. Berikut kronologi kehilangan Amri yang juga pengasas bersama Persatuan Kebajikan Perlis Hope. 24 November 2016: Amri dilihat oleh anak sulungnya meninggalkan rumah mereka di Kangar pada jam 11.30 malam. Beliau memandu kenderaan Toyota Fortuner hitam. Seorang saksi melihat tiga kenderaan mengepung kenderaan Amri di Jalan Padang Behor, kurang daripada 1 kilometer dari rumahnya. 25 November 2016: Kenderaan Amri ditemui orang awam pada jam 12.30 pagi, ditinggalkan di tapak pembinaan terbengkalai di Bukit Chabang. Tiga cermin kereta telah dipecahkan. 22 Januari 2018: SUHAKAM memulakan inkuiri awam berhubung kehilangan Amri. 21 Mac 2018: Seorang pemilik bengkel memberi keterangan bahawa tiga kenderaan telah diletakkan di seberang jalan dari premisnya selama tiga hari berturut-turut sebelum kehilangan Amri. Salah satunya ialah Toyota Vios berwarna emas, kenderaan yang sama terbabit dalam satu lagi kes penculikan melibatkan Pastor Raymond Koh. 15 November 2018: Siasatan awam SUHAKAM selesai dijalankan. 3 April 2019: SUHAKAM mengeluarkan dapatan siasatan, menyimpulkan bahawa Amri adalah mangsa 'kehilangan paksa' yang melibatkan agensi kerajaan. Pesuruhjaya SUHAKAM, Mah Weng Kwai menjelaskan, berdasarkan perbincangan panjang mengenai kes, panel mendapati bahawa individu atau kumpulan yang beroperasi dengan sokongan ejen kerajaan terbabit dalam penculikan itu. 26 Jun 2019: Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengkaji semula kes-kes 'kehilangan paksa' yang didakwa. 9 Mei 2023: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan mendedahkan secara terhad Laporan Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan Amri. 5 November 2025: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Kerajaan Malaysia dan PDRM membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada Noorhayati atas kehilangan suaminya sembilan tahun lalu. Perintah itu meliputi ganti rugi am dan teruk sebanyak RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52, selain kos RM250,000. Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan Amri.

Pampasan RM3.2j untuk isteri, kehilangan Amri Che Mat sejak 2016 masih misteri

KUALA LUMPUR: Hampir sembilan tahun lalu, Amri Che Mat, seorang aktivis sosial dan kebajikan dilaporkan hilang secara misteri dan insiden di Bukit Chabang, Perlis itu kemudian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana polis mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan kejadian berkenaan ada kaitan dengan unsur jenayah.

Namun isterinya, Noorhayati Mohd Ariffin mendakwa melihat beberapa kenderaan pacuan empat roda mengepung kenderaan jenis Toyota Fortuner dipandu suaminya, namun sehingga kini identiti mereka masih menjadi misteri. Mahu menuntut jawapan yang jelas daripada pihak berkuasa, wanita itu memfailkan saman bagi mendapatkan maklumat mengenai nasib suaminya.

Saman berkenaan difailkan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menjalankan inkuiri awam bermula Oktober 2017 merumuskan bahawa Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan 'secara paksa' Amri dan seorang lagi individu, Pastor Raymond Koh.

Akhirnya semalam, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan saman difailkan Noorhayati dan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berjumlah RM3,264,457.52 berserta kos dan faedah kepada wanita itu, manakala PDRM juga diarah membuka semula siasatan kehilangan Amri dan melaporkan perkembangan kepada Peguam Negara (AGC) setiap dua bulan.

Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati Noorhayati selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya melalui imbangan kebarangkalian dengan pihak berkuasa juga didapati melanggar hak wanita itu untuk hidup seperti yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan apabila gagal menjalankan siasatan sewajarnya terhadap kehilangan Amri.

Sehingga kini, Amri masih belum ditemui dan tidak banyak maklumat baharu diketahui mengenai kes terbabit.

Berikut kronologi kehilangan Amri yang juga pengasas bersama Persatuan Kebajikan Perlis Hope.

24 November 2016: Amri dilihat oleh anak sulungnya meninggalkan rumah mereka di Kangar pada jam 11.30 malam. Beliau memandu kenderaan Toyota Fortuner hitam. Seorang saksi melihat tiga kenderaan mengepung kenderaan Amri di Jalan Padang Behor, kurang daripada 1 kilometer dari rumahnya.

25 November 2016: Kenderaan Amri ditemui orang awam pada jam 12.30 pagi, ditinggalkan di tapak pembinaan terbengkalai di Bukit Chabang. Tiga cermin kereta telah dipecahkan.

22 Januari 2018: SUHAKAM memulakan inkuiri awam berhubung kehilangan Amri.

21 Mac 2018: Seorang pemilik bengkel memberi keterangan bahawa tiga kenderaan telah diletakkan di seberang jalan dari premisnya selama tiga hari berturut-turut sebelum kehilangan Amri. Salah satunya ialah Toyota Vios berwarna emas, kenderaan yang sama terbabit dalam satu lagi kes penculikan melibatkan Pastor Raymond Koh.

15 November 2018: Siasatan awam SUHAKAM selesai dijalankan.

3 April 2019: SUHAKAM mengeluarkan dapatan siasatan, menyimpulkan bahawa Amri adalah mangsa 'kehilangan paksa' yang melibatkan agensi kerajaan. Pesuruhjaya SUHAKAM, Mah Weng Kwai menjelaskan, berdasarkan perbincangan panjang mengenai kes, panel mendapati bahawa individu atau kumpulan yang beroperasi dengan sokongan ejen kerajaan terbabit dalam penculikan itu.

26 Jun 2019: Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengkaji semula kes-kes 'kehilangan paksa' yang didakwa.

9 Mei 2023: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan mendedahkan secara terhad Laporan Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan Amri.

5 November 2025: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Kerajaan Malaysia dan PDRM membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada Noorhayati atas kehilangan suaminya sembilan tahun lalu. Perintah itu meliputi ganti rugi am dan teruk sebanyak RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52, selain kos RM250,000. Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan Amri.

Related Articles