Technology

SARA diperluas ke lebih banyak kedai runcit, koperasi

KUALA LUMPUR: Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas bagi merangkumi lebih banyak kedai runcit kecil termasuk koperasi, selain produk keluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood. Ia bagi memastikan setiap penerima di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar dapat membelanjakan bantuan mereka dengan mudah. Langkah itu juga bertujuan memastikan program bantuan bersasar berkenaan bukan sahaja membantu isi rumah, tetapi turut merancakkan lagi ekonomi komuniti setempat dan pengusaha kecil. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, berkata kerajaan akan menambah tumpuan kepada penyertaan kedai-kedai yang lebih kecil, termasuk kedai koperasi. Tambahnya, sememangnya ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan terhadap kedai yang terbabit di bawah program SARA, yang mana jaraknya tidak boleh lebih 10 kilometer daripada kawasan penerima. Katanya, penetapan itu bagi memastikan semua penerima SARA mempunyai akses untuk berbelanja tanpa perlu ke kawasan jauh. Menurutnya, sebanyak lebih 8,000 premis telah mengambil bahagian di bawah SARA, yang mana lebih 2,000 kedai runcit adalah kedai runcit tempatan sementara lainnya mempunyai rangkaian nasional. Jelasnya, pendekatan itu amat penting terutama di kawasan pedalaman seperti Sabah, yang sebelum ini memerlukan operasi khas termasuk penggunaan bank bergerak untuk menyalurkan bantuan tunai. Namun, dengan SARA, beliau berkata, penerima kini boleh terus berbelanja di kedai berhampiran tanpa perlu tunai. "Sememangnya kita hendak lebih banyak kedai runcit kecil di kawasan luar bandar dan kedai koperasi untuk menjual barangan di bawah SARA. "Kita hendak memastikan bahawa semua penerima dapat membelanjakan SARA," katanya kepada BH dalam satu temubual ekslusif baru-baru ini. Selain perluasan penyertaan kedai runcit kecil, Johan berkata, kerajaan juga mahu memperluaskan bilangan produk yang dihasilkan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dimasukkan di bawah SARA. Beliau berkata, peluasan produk tempatan itu juga memberi akses dan memenuhi keperluan barangan asas penerima SARA terutama di kawasan luar bandar. Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyebut dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang lalu bahawa beliau sempat meninjau pelaksanaan SARA di kedai runcit Baling dan melihat sendiri produk tempatan seperti Kopi Cap Gantang dan Kicap Lembu Berlaga boleh dibeli melalui SARA. Justeru, katanya, kerajaan akan memperluas rangkaian kedai runcit terbabit di setiap negeri, sambil memperkukuh penyertaan produk tempatan agar manfaat ekonomi SARA turut dinikmati oleh pengusaha kecil dan pengeluar tempatan. "Fokus kita bukan saja memperluas jumlah kedai, malahan turut memperkukuh ekosistem ekonomi tempatan melalui produk PMKS," katanya. SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

SARA diperluas ke lebih banyak kedai runcit, koperasi

KUALA LUMPUR: Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas bagi merangkumi lebih banyak kedai runcit kecil termasuk koperasi, selain produk keluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood.

Ia bagi memastikan setiap penerima di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar dapat membelanjakan bantuan mereka dengan mudah.

Langkah itu juga bertujuan memastikan program bantuan bersasar berkenaan bukan sahaja membantu isi rumah, tetapi turut merancakkan lagi ekonomi komuniti setempat dan pengusaha kecil.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, berkata kerajaan akan menambah tumpuan kepada penyertaan kedai-kedai yang lebih kecil, termasuk kedai koperasi.

Tambahnya, sememangnya ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan terhadap kedai yang terbabit di bawah program SARA, yang mana jaraknya tidak boleh lebih 10 kilometer daripada kawasan penerima.

Katanya, penetapan itu bagi memastikan semua penerima SARA mempunyai akses untuk berbelanja tanpa perlu ke kawasan jauh.

Menurutnya, sebanyak lebih 8,000 premis telah mengambil bahagian di bawah SARA, yang mana lebih 2,000 kedai runcit adalah kedai runcit tempatan sementara lainnya mempunyai rangkaian nasional.

Jelasnya, pendekatan itu amat penting terutama di kawasan pedalaman seperti Sabah, yang sebelum ini memerlukan operasi khas termasuk penggunaan bank bergerak untuk menyalurkan bantuan tunai.

Namun, dengan SARA, beliau berkata, penerima kini boleh terus berbelanja di kedai berhampiran tanpa perlu tunai.

"Sememangnya kita hendak lebih banyak kedai runcit kecil di kawasan luar bandar dan kedai koperasi untuk menjual barangan di bawah SARA.

"Kita hendak memastikan bahawa semua penerima dapat membelanjakan SARA," katanya kepada BH dalam satu temubual ekslusif baru-baru ini.

Selain perluasan penyertaan kedai runcit kecil, Johan berkata, kerajaan juga mahu memperluaskan bilangan produk yang dihasilkan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dimasukkan di bawah SARA.

Beliau berkata, peluasan produk tempatan itu juga memberi akses dan memenuhi keperluan barangan asas penerima SARA terutama di kawasan luar bandar.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyebut dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang lalu bahawa beliau sempat meninjau pelaksanaan SARA di kedai runcit Baling dan melihat sendiri produk tempatan seperti Kopi Cap Gantang dan Kicap Lembu Berlaga boleh dibeli melalui SARA.

Justeru, katanya, kerajaan akan memperluas rangkaian kedai runcit terbabit di setiap negeri, sambil memperkukuh penyertaan produk tempatan agar manfaat ekonomi SARA turut dinikmati oleh pengusaha kecil dan pengeluar tempatan.

"Fokus kita bukan saja memperluas jumlah kedai, malahan turut memperkukuh ekosistem ekonomi tempatan melalui produk PMKS," katanya.

SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Related Articles