Articles by Alzahrin Alias

1 article found

Pelaburan saham bantu ekonomi negara, jana pendapatan rakyat - DDNK
Technology

Pelaburan saham bantu ekonomi negara, jana pendapatan rakyat - DDNK

KUALA LUMPUR: Pelaburan saham adalah antara langkah bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara, selain mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada rakyat Malaysia. Penganalisis Pelaburan, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) berkata, pelaburan saham bukan sahaja berupaya menambah pendapatan individu malah dapat memperkukuh ekosistem ekonomi negara secara menyeluruh. Beliau berkata, rakyat Malaysia wajar menjadikan aktiviti pelaburan saham sebagai langkah strategik untuk menjana pendapatan dan memperbaiki taraf hidup, selain bergantung kepada pendapatan daripada pekerjaan tetap semata-mata. "Pasaran saham adalah nadi ekonomi moden. Apabila rakyat melabur, syarikat tempatan mendapat sumber modal untuk berkembang. "Ini akhirnya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi negara," katanya. Nazri Khan berkata, bagi memperkukuh budaya pelaburan dan meningkatkan literasi kewangan rakyat, pelbagai program pendidikan dan bimbingan perlu dilaksanakan. Beliau berkata, sebagai salah seorang speaker jemputan dalam program Bangsa Labur, penyertaannya bertujuan melahirkan lebih ramai pelabur celik saham di Malaysia. Katanya, program tersebut merupakan antara platform literasi kewangan yang membantu rakyat memahami strategi pelaburan moden serta teknologi baharu yang digunakan dalam pasaran global. Beliau yang juga anak Malaysia pertama menjuarai pertandingan Trader Dunia Robbins Cup 2024 selama empat musim berturut-turut dengan rekod pulangan melebihi 1,000 peratus berkata, Bangsa Labur anjuran pihak penganjur itu menawarkan pelbagai kelebihan kepada peserta yang ingin mula berdagang dengan lebih yakin. Antara tarikan utama program itu, katanya, ialah peluang untuk peserta belajar secara langsung daripada barisan penceramah pelaburan berpengalaman yang akan berkongsi strategi dan kejayaan mereka di peringkat antarabangsa. "Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada teknologi terkini Foot Print Chart, iaitu sistem analisis pergerakan pasaran tersembunyi bagi membantu pelabur mengesan manipulasi pasaran oleh peserta besar atau 'jerung dunia'. "Program ini juga menampilkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang mampu melakukan analisis pasaran secara automatik, sekali gus menjimatkan masa dan memudahkan pelabur membuat keputusan lebih tepat," katanya. Nazri Khan berkata, peserta turut didedahkan dengan rahsia dark pool, iaitu tempat transaksi tersembunyi yang digunakan pelabur institusi besar bagi mengenal pasti pergerakan secara masa nyata. Turut diperkenalkan katanya ialah perisian pengimbas saham (Scanner Software) bagi membantu peserta mengesan saham berpotensi dan berkualiti tinggi di pasaran tempatan. Selain itu, peserta akan didedahkan dengan penggunaan teknologi robot-trading, iaitu sistem automatik yang berperanan sebagai pembantu kedua dalam urusan dagangan harian, yang akan dikongsikan oleh barisan speaker jemputan lain. "Pembinaan komuniti pelabur melalui program Bangsa Labur dijangka membantu memperkukuh pasaran modal tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada pelabur asing. "Apabila lebih ramai rakyat celik pelaburan, kita bukan sahaja mewujudkan generasi pelabur berdisiplin, tetapi juga membina ekonomi negara yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing," katanya. Program Bangsa Labur kini dibuka untuk penyertaan umum dan bakal dianjurkan di beberapa lokasi seluruh negara dalam masa terdekat, antaranya Johor Bahru (8 November), Pulau Pinang (16 November) dan Shah Alam (22 November). Untuk maklumat lanjut mengenai ilmu serta teknik pelaburan yang betul, layari https://mulatrade.com/bh Program Bangsa Labur adalah bertujuan pendidikan dan sebarang alat dagangan (trading tools), robot-trading adalah untuk tujuan pembelajaran. Ia tidak menjamin sebarang pulangan dan segala risiko kerugian atau keuntungan adalah sepenuhnya tanggungjawab peserta sendiri.