Articles by Anne Muhammad

5 articles found

DBKL sedia sambut 46 juta pelancong tahun depan
Technology

DBKL sedia sambut 46 juta pelancong tahun depan

DBKL mahu tonjolkan Kuala Lumpur sebagai ibu negara berkelas antarabangsa. KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersedia sepenuhnya menyambut kedatangan 46 juta pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Datuk Bandar, Maimunah Mohd Sharif, berkata persediaan awal dijalankan merangkumi aspek infrastruktur, kebersihan, pencahayaan bandar, serta penglibatan komuniti tempatan bagi memastikan setiap pelawat menikmati pengalaman bermakna di Kuala Lumpur. Katanya, jumlah 46 juta pelancong itu merangkumi anggaran pelawat ke seluruh negara tahun depan. "Kita nak tonjolkan Kuala Lumpur sebagai yang ada jiwa dan ibu negara setahap kelas antarabangsa. "Saya harap mereka yang datang, akan datang sekali lagi...maksudnya datang berkali-kali bukan hanya one off (sekali datang)," katanya kepada pemberita selepas sambutan Deepavali di Matic, Kuala Lumpur. Beliau mengulas persediaan DBKL sempena TMM2026. Sementara itu, Maimunah berkata pihaknya akan mengumumkan deretan program sepanjang tahun depan, esok. "Saya akan berikan sambutan acara selama setahun (esok). Memang kita telah bersedia tahun ini, buat perbincangan dengan orang ramai, libat urus, apa program yang nak dijalankan sepanjang tahun 2026," katanya.

‘Kasih dan cinta hanya pada Umno’, Reezal harap ‘kepulangan’ KJ jadi kenyataan
Technology

‘Kasih dan cinta hanya pada Umno’, Reezal harap ‘kepulangan’ KJ jadi kenyataan

Reezal Merican Naina Merican menzahirkan harapan usaha membawa Khairy Jamaluddin kembali ke dalam Umno menjadi kenyataan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Khairy Jamaluddin masih menaruh kasih dan kesetiaan mendalam terhadap Umno. Reezal berkata, beliau sendiri bertemu bekas Ahli Parlimen Rembau itu baru-baru ini yang turut disertai Presiden Umno Zahid Hamidi dalam satu majlis perkahwinan di Perlis. “Saya ada masa kenduri itu, saya ada sekali dengan dia, saya duduk dengan dia. Cuma satu benda saya boleh maklumkan memang kasih dan cinta Khairy ini hanya pada Umno sahaja. Itu saya boleh sahkan. “Tapi (berkaitan dakwaan sertai semula Umno) bukan keputusan saya, keputusan pimpinan atasan dan keputusan MKT dan saya tidak bolehlah mendahului,” kata ketua Umno Kepala Batas kepada FMT. Menerusi laporan Berita Harian, bekas menteri kesihatan itu dijangka kembali menyertai Umno menjelang PRN Sabah bulan depan selepas dikatakan mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti. Sumber berkata, Zahid secara peribadi memberi isyarat restu itu kepada Khairy ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan anak Ketua Umno Perlis, Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu. Tetapi, sumber Umno berkata parti belum menerima sebarang permohonan daripada Khairy setakat ini. Katanya, BN turut mempertimbangkan untuk menamakan Khairy sebagai calon BN bagi PRU16 di kerusi Parlimen Kepala Batas, kawasan pernah diwakili bapa mentuanya, Abdullah Ahmad Badawi. Untuk rekod, pada PRU lalu Reezal bertanding di Parlimen Kepala Batas namun kalah kepada calon PN, Siti Mastura Muhammad. Mengulas spekulasi Khairy mungkin bertanding di kerusi itu jika kembali ke pangkuan Umno, Reezal enggan mengesahkan perkara berkenaan. “Itu pun saya tak dapat nak sahkan. Saya ini ahli parti kan...benda itu akan ditentukan oleh pimpinan di peringkat atas,” katanya. Bagaimanapun, Reezal menzahirkan harapan usaha membawa Khairy kembali ke dalam Umno menjadi kenyataan. FMT telah menghubungi Khairy dan masih menunggu maklum balasnya.

Kes kelar adik: Bahaya dalam talian perlu ditangani secara tuntas
Technology

Kes kelar adik: Bahaya dalam talian perlu ditangani secara tuntas

Pakar seru pendekatan tuntas melibatkan pelbagai pihak bagi menangani bahaya dunia dalam talian. (Gambar Envato Elements) PETALING JAYA: Tragedi ganas melibatkan kanak-kanak yang dikaitkan dengan dunia dalam talian harus dijadikan suatu amaran, dan perlu ditangani secara tuntas melibatkan pelbagai pihak. Pakar menyarankan pendekatan berlandaskan tiga tujahan, iaitu mengawal akses kanak-kanak bawah usia 12 tahun kepada peranti, meningkatkan celik digital, dan garis panduan serta peraturan yang jelas oleh kerajaan. Dalam kejadian Isnin lalu, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ditemukan dalam keadaan parah dengan kesan kelar di leher kanan akibat senjata tajam. Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak lelaki itu dicederakan oleh abangnya sendiri, yang berusia sembilan tahun, akibat pengaruh permainan video dalam talian. Siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua 'point' yang dikumpulnya hilang, menurut Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad. Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Aishah Hanim Abd Karim, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kes seorang kanak-kanak dikelar baru-baru ini mendesak penglibatan semua pihak kerana kanak-kanak belum mempunyai kematangan kognitif dan kawalan diri yang kukuh untuk membezakan antara dunia maya dan realiti. "Oleh itu, pengawasan ibu bapa amat penting. Kanak-kanak tidak wajar diberi akses bebas terhadap peranti, permainan atau kandungan digital tanpa had masa, tapisan kandungan dan bimbingan menyeluruh," katanya. "Ibu bapa perlu cakna dan tahu apa yang anak mereka tonton atau main dan menetapkan peraturan penggunaan yang jelas. Sebaiknya, elakkan pemberian peranti kepada kanak-kanak bawah 12 tahun kecuali untuk tujuan pembelajaran." Mengulas lanjut, Aisyah menekankan tumpuan tidak boleh pada teknologi semata-mata, tetapi perlu membina ekosistem yang sihat melalui pendidikan. "Mungkin larangan sepenuhnya terhadap penggunaan telefon bimbit bagi remaja bawah 16 tahun terlalu drastik dan sukar dikuatkuasakan, namun pendekatan kawalan berperingkat serta pendidikan 'digital parenting' perlu diperkasakan," katanya. "Ini penting bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang risiko penggunaan gajet tanpa pengawasan. Kita tidak boleh menyalahkan teknologi semata-mata. Sebaliknya perlu membina ekosistem penggunaan digital yang sihat antara anak, ibu bapa, sekolah dan masyarakat." Aisyah turut menyeru kerajaan menetapkan garis panduan umur penggunaan telefon bimbit dan permainan dalam talian, di samping melaksanakan program celik digital untuk ibu bapa dan murid di sekolah, serta memperketatkan kawalan aplikasi dengan sistem penarafan umur. Sokongan terhadap kawalan umur turut datang daripada industri. Presiden Kelab Sukan Elektronik TODAK, Azlan Zainal, menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung keperluan mengehadkan penggunaan telefon pintar bagi pelajar di bawah usia 16 tahun. "Sebagai organisasi yang aktif membangunkan komuniti belia melalui pendidikan dan e-sukan, TODAK percaya langkah ini wajar bagi memupuk disiplin, keseimbangan hidup serta pengurusan masa yang sihat dalam kalangan generasi muda," katanya.

Anwar akan bertemu NGO bincang hantar bantuan Gaza melalui Mesir
Technology

Anwar akan bertemu NGO bincang hantar bantuan Gaza melalui Mesir

Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan NGO Selasa depan untuk membincangkan strategi lebih terperinci gelombang kedua penghantaran bantuan ke Gaza. KUALA LUMPUR: Satu pertemuan bersama beberapa pemimpin NGO akan diadakan minggu depan bagi membincangkan strategi lebih terperinci mengenai pelaksanaan gelombang kedua penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin, melalui jalan darat di Mesir. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pertemuan Selasa depan itu bagi menyelaras usaha serta mencari kaedah terbaik untuk menyalurkan bantuan ke Gaza. "Dan kalau boleh minggu depan, selepas berunding dengan mereka (NGO), saya akan hubungi Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi. "Mudah-mudahan laluan ini lebih mudah. Yang penting, mesej kita ialah menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi. Terdahulu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Sany Araby Abdul Alim dalam ucapannya memohon keizinan Anwar untuk menggerakkan gelombang kedua misi kemanusiaan menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan darat di Mesir. Permohonan itu dibuat selepas aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) tidak sempat menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza apabila semua kapal misi mereka dipintas tentera Israel minggu lalu. Himpunan itu diadakan bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama wira dan wirawati yang menyertai misi kemanusiaan GSF. Khamis lalu, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel. Kesemua mereka dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada Sabtu, menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines yang diurus dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Turki. Mereka selamat tiba di tanah air semalam selepas mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.50 malam.

Anwar to meet NGOs to discuss next humanitarian mission to Gaza
Technology

Anwar to meet NGOs to discuss next humanitarian mission to Gaza

Prime Minister Anwar Ibrahim said 'the more important thing' is to convey the message that Malaysia backs the Palestinian cause. KUALA LUMPUR: Prime Minister Anwar Ibrahim will meet with several NGOs next week to discuss in detail the next humanitarian mission to Gaza, which will see aid transported to Palestine through Egypt. Anwar said he would meet the leaders of the NGOs on Tuesday to coordinate efforts and identify the best approach to channel the aid. "I will also contact Egyptian president Abdel Fattah al-Sisi. "Hopefully this (transporting aid via Egypt) will be easier. But the more important thing is to get our message across: that we back the Palestinian cause," he told a crowd of over 10,000 at the Solidarity with Gaza gathering here last night. Sani Araby Abdul Alim Araby, director-general of the Sumud Nusantara Command Centre, had earlier sought Anwar’s permission to activate a second humanitarian mission to war-torn Gaza. Sany’s request followed the failure of the Global Sumud Flotilla to deliver aid to Gaza after it was intercepted by Israeli forces. Some 23 Malaysian volunteers were also detained by Israeli forces before being released and deported. The volunteers who arrived home on Tuesday were also in attendance at last night’s gathering.