Technology

Arif Aiman wira JDT - Munoz

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan pemain sayap kanan, Arif Aiman Hanapi wira selepas membantu Harimau Selatan menewaskan Shanghai Shenhua FC 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, Arif Aiman menunjukkan kematangan dan membuatkan pertahanan skuad kendalian Leonid Slutskiy tergamam dengan kelicikannya. "Malam ini (malam tadi) Arif dan pemain lain memiliki persefahaman yang baik, dia begitu berani beraksi di peringkat tertinggi Asia dan membuktikan kredibiliti sebagai pemain serba boleh tetapi apa yang diutamakan adalah bermain secara berpasukan. "Arif juga memahami kehendak saya dalam perancangan taktikal dan walaupun tidak jaringkan gol namun dua bantuan jaringan yang dilakukannya sudah memadai. "Nasihat saya kepada Arif untuk kekalkan momentum permainan, jangan putus asa walaupun tidak menjaringkan gol selepas satu percubaannya hanya sipi dari gawang gol. Tetapi kesungguhannya dalam perlawanan itu amat dihargai dan saya anggap dia wira JDT," katanya. Pada aksi berkenaan, Jonathan Silva muncul wira Harimau Selatan selepas meledak dua gol, manakala satu lagi disumbangkan pemain import Sepanyol, Oscar Arribas manakala Saulo Mineiro menjaringkan gol tunggal pelawat menerusi sepakan penalti. Munoz bagaimanapun terpaksa melupakan khidmat Ager Aketxe yang terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya dua minggu selepas mengalami kecederaan pada minit ke-19. "Apabila Ager cedera, saya memasukkan Afiq (Fazail) dan mengubah formasi permainan kepada 4-4-2 dan mengekalkan insentisi permainan dengan bergerak dari posisi sayap kiri dan kanan. Kesannya kami mengawal permainan mengikut formasi yang dibentuk. "Apapun saingan masih panjang, perebutan slot lapan pasukan terbaik masih terbuka dan aksi seterusnya kami akan berdepan Melbourne City FC yang mula menunjukkan peningkatan mendadak," ujar Munoz.

Arif Aiman wira JDT - Munoz

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan pemain sayap kanan, Arif Aiman Hanapi wira selepas membantu Harimau Selatan menewaskan Shanghai Shenhua FC 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, Arif Aiman menunjukkan kematangan dan membuatkan pertahanan skuad kendalian Leonid Slutskiy tergamam dengan kelicikannya.

"Malam ini (malam tadi) Arif dan pemain lain memiliki persefahaman yang baik, dia begitu berani beraksi di peringkat tertinggi Asia dan membuktikan kredibiliti sebagai pemain serba boleh tetapi apa yang diutamakan adalah bermain secara berpasukan.

"Arif juga memahami kehendak saya dalam perancangan taktikal dan walaupun tidak jaringkan gol namun dua bantuan jaringan yang dilakukannya sudah memadai.

"Nasihat saya kepada Arif untuk kekalkan momentum permainan, jangan putus asa walaupun tidak menjaringkan gol selepas satu percubaannya hanya sipi dari gawang gol. Tetapi kesungguhannya dalam perlawanan itu amat dihargai dan saya anggap dia wira JDT," katanya.

Pada aksi berkenaan, Jonathan Silva muncul wira Harimau Selatan selepas meledak dua gol, manakala satu lagi disumbangkan pemain import Sepanyol, Oscar Arribas manakala Saulo Mineiro menjaringkan gol tunggal pelawat menerusi sepakan penalti.

Munoz bagaimanapun terpaksa melupakan khidmat Ager Aketxe yang terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya dua minggu selepas mengalami kecederaan pada minit ke-19.

"Apabila Ager cedera, saya memasukkan Afiq (Fazail) dan mengubah formasi permainan kepada 4-4-2 dan mengekalkan insentisi permainan dengan bergerak dari posisi sayap kiri dan kanan. Kesannya kami mengawal permainan mengikut formasi yang dibentuk.

"Apapun saingan masih panjang, perebutan slot lapan pasukan terbaik masih terbuka dan aksi seterusnya kami akan berdepan Melbourne City FC yang mula menunjukkan peningkatan mendadak," ujar Munoz.

Related Articles