Technology

'Nombor 42 memusnahkan kami lagi malam ini'

JOHOR BAHRU: Pengendali Shanghai Shenhua FC, Leonid Slutskiy tidak menyembunyi kekecewaannya apabila misi untuk membawa pulang tiga mata musnah selepas tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. Malah bekas jurulatih CSKA Moscow dan Hull City itu menegaskan pemain JDT, Arif Aiman Hanapi bagaikan duri dalam daging pada pertembungan itu selepas dua daripada tiga yang dijaringkan skuad kendalian Xisco Munoz berpunca daripada kelicikan pemain itu. "Gol pertama JDT bukan sebab kami hilang fokus, sebaliknya pemain bernombor 42 (Arif Aiman) begitu licik dengan keupayaan membelah benteng kami dan melakukan umpanan yang menghasilkan gol buat JDT. "Dia pernah memusnahkan kami musim lalu dan malam ini (malam tadi) dia lakukan lagi manakala benteng kami terlalu memberi ruang untuk dia bergerak bebas dan bijak untuk mengatasi pertembungan satu lawan satu. "Dia pandai mengambil kesempatan daripada kesilapan pemain kami dan dia memang memiliki skil yang tinggi. Kami dihukum kerana gagal menghalangnya," katanya. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Russia itu menegaskan pemainnya sudah bermain secara kompak namun gaya permainan yang diperagakan terlalu perlahan hingga gagal mengimbangi kekuatan lawan. "Bukan kami tidak boleh jaringkan gol, sebaliknya dua gol yang kami jaringkan dibatalkan oleh pengadil dan ada ketikanya kami mampu mencemaskan benteng JDT, tapi gagal menyudahkan percubaan yang dimiliki," katanya. Pada aksi berkenaan, Jonathan Silva muncul wira Harimau Selatan selepas meledak dua gol, manakala satu lagi disumbangkan pemain import Sepanyol, Oscar Arribas manakala Saulo Mineiro menjaringkan gol tunggal pelawat menerusi sepakan penalti.

'Nombor 42 memusnahkan kami lagi malam ini'

JOHOR BAHRU: Pengendali Shanghai Shenhua FC, Leonid Slutskiy tidak menyembunyi kekecewaannya apabila misi untuk membawa pulang tiga mata musnah selepas tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Malah bekas jurulatih CSKA Moscow dan Hull City itu menegaskan pemain JDT, Arif Aiman Hanapi bagaikan duri dalam daging pada pertembungan itu selepas dua daripada tiga yang dijaringkan skuad kendalian Xisco Munoz berpunca daripada kelicikan pemain itu.

"Gol pertama JDT bukan sebab kami hilang fokus, sebaliknya pemain bernombor 42 (Arif Aiman) begitu licik dengan keupayaan membelah benteng kami dan melakukan umpanan yang menghasilkan gol buat JDT.

"Dia pernah memusnahkan kami musim lalu dan malam ini (malam tadi) dia lakukan lagi manakala benteng kami terlalu memberi ruang untuk dia bergerak bebas dan bijak untuk mengatasi pertembungan satu lawan satu.

"Dia pandai mengambil kesempatan daripada kesilapan pemain kami dan dia memang memiliki skil yang tinggi. Kami dihukum kerana gagal menghalangnya," katanya.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Russia itu menegaskan pemainnya sudah bermain secara kompak namun gaya permainan yang diperagakan terlalu perlahan hingga gagal mengimbangi kekuatan lawan.

"Bukan kami tidak boleh jaringkan gol, sebaliknya dua gol yang kami jaringkan dibatalkan oleh pengadil dan ada ketikanya kami mampu mencemaskan benteng JDT, tapi gagal menyudahkan percubaan yang dimiliki," katanya.

Pada aksi berkenaan, Jonathan Silva muncul wira Harimau Selatan selepas meledak dua gol, manakala satu lagi disumbangkan pemain import Sepanyol, Oscar Arribas manakala Saulo Mineiro menjaringkan gol tunggal pelawat menerusi sepakan penalti.

Related Articles