Thursday, October 9, 2025
Technology

PRN17 Sabah: BN ambil kira latar belakang etnik, sub etnik calon

SHAH ALAM: Latar belakang etnik dan sub-etnik di setiap kawasan antara kriteria diambil kira dalam pemilihan calon bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, calon mesti mengutamakan konsep 'WALI' merangkumi kriteria 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) dan 'likeable'(disukai). "BN Sabah sudah mengemukakan nama calon-calon berkenaan kepada saya dan kita sedang meneliti dari segi kebolehmenangan mereka yang dikemukakan. "Kita mengambil kira kumpulan etnik dan sub-etnik yang akan diwakili oleh calon BN kerana selain lambang parti dan isu yang akan diketengahkan dalam manifesto, kita mengambil kriteria konsep WALI calon serta membuat kajian di lapangan berkenaan senarai itu," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengenai persediaan menjelang PRN17 Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin lalu. Ahmad Zahid berkata, BN menunggu tarikh rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian awal serta hari pengundian. "Kita akan umumkan secara rasmi bilangan kerusi ditandingi pada hari penamaan calon nanti. "Insya-Allah, ramai muka baharu dan tokoh muda akan diketengahkan, selain mengekalkan beberapa nama berprestasi tinggi pada pilihan raya lalu dan menterjemahkan perkhidmatan mereka di kawasan mereka," katanya. Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir menutup Konvensyen 152 peringkat kebangsaan (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) di Dewan Agung Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini. Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari.

PRN17 Sabah: BN ambil kira latar belakang etnik, sub etnik calon

SHAH ALAM: Latar belakang etnik dan sub-etnik di setiap kawasan antara kriteria diambil kira dalam pemilihan calon bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, calon mesti mengutamakan konsep 'WALI' merangkumi kriteria 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) dan 'likeable'(disukai).

"BN Sabah sudah mengemukakan nama calon-calon berkenaan kepada saya dan kita sedang meneliti dari segi kebolehmenangan mereka yang dikemukakan.

"Kita mengambil kira kumpulan etnik dan sub-etnik yang akan diwakili oleh calon BN kerana selain lambang parti dan isu yang akan diketengahkan dalam manifesto, kita mengambil kriteria konsep WALI calon serta membuat kajian di lapangan berkenaan senarai itu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengenai persediaan menjelang PRN17 Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin lalu.

Ahmad Zahid berkata, BN menunggu tarikh rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian awal serta hari pengundian.

"Kita akan umumkan secara rasmi bilangan kerusi ditandingi pada hari penamaan calon nanti.

"Insya-Allah, ramai muka baharu dan tokoh muda akan diketengahkan, selain mengekalkan beberapa nama berprestasi tinggi pada pilihan raya lalu dan menterjemahkan perkhidmatan mereka di kawasan mereka," katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir menutup Konvensyen 152 peringkat kebangsaan (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) di Dewan Agung Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari.

Related Articles