Thursday, October 9, 2025

Articles by Mahani Ishak

3 articles found

PRN17 Sabah: BN ambil kira latar belakang etnik, sub etnik calon
Technology

PRN17 Sabah: BN ambil kira latar belakang etnik, sub etnik calon

SHAH ALAM: Latar belakang etnik dan sub-etnik di setiap kawasan antara kriteria diambil kira dalam pemilihan calon bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, calon mesti mengutamakan konsep 'WALI' merangkumi kriteria 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) dan 'likeable'(disukai). "BN Sabah sudah mengemukakan nama calon-calon berkenaan kepada saya dan kita sedang meneliti dari segi kebolehmenangan mereka yang dikemukakan. "Kita mengambil kira kumpulan etnik dan sub-etnik yang akan diwakili oleh calon BN kerana selain lambang parti dan isu yang akan diketengahkan dalam manifesto, kita mengambil kriteria konsep WALI calon serta membuat kajian di lapangan berkenaan senarai itu," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengenai persediaan menjelang PRN17 Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin lalu. Ahmad Zahid berkata, BN menunggu tarikh rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian awal serta hari pengundian. "Kita akan umumkan secara rasmi bilangan kerusi ditandingi pada hari penamaan calon nanti. "Insya-Allah, ramai muka baharu dan tokoh muda akan diketengahkan, selain mengekalkan beberapa nama berprestasi tinggi pada pilihan raya lalu dan menterjemahkan perkhidmatan mereka di kawasan mereka," katanya. Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir menutup Konvensyen 152 peringkat kebangsaan (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) di Dewan Agung Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini. Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari.

Israel perlu segera hentikan serangan, sekatan bantuan ke Gaza - Zahid Hamidi
Technology

Israel perlu segera hentikan serangan, sekatan bantuan ke Gaza - Zahid Hamidi

SHAH ALAM: Israel perlu menghentikan segera segala bentuk serangan dan sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, selain melepaskan semua tahanan flotilla kemanusiaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pada masa sama, Malaysia menghargai kesediaan Hamas menerima draf awal fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebagai langkah ke arah menghentikan pertumpahan darah di Gaza. "Israel perlu menghormati suara masyarakat dunia yang menggesanya menghentikan tindakan biadabnya itu. "Kita menuntut Israel menghentikan sebarang serangan, sekatan bantuan makanan serta segera melepaskan tahanan flotila kemanusiaan. "Israel perlu menjadi sebahagian daripada masyarakat antarabangsa dan mematuhi norma kemanusiaan sejagat," katanya. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah hadir menutup Konvensyen 152 peringkat kebangsaan (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) di Dewan Agung Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini. Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari. Terdahulu, awal pagi tadi, Hamas mengumumkan pihaknya bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan Trump, sambil menghargai usaha pemimpin itu bersama Turkiye, Qatar dan Mesir. Menurut kenyataan kumpulan itu di saluran Telegram rasmi Hamas, kumpulan itu mengumumkan satu perjanjian sudah dicapai yang memperuntukkan pemberhentian peperangan di Gaza, pengunduran pasukan penceroboh, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pertukaran tahanan. Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas Trump mengumumkan Israel dan Hamas menandatangani fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan oleh AS. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, berkata dengan persetujuan itu, kumpulan pejuang itu akan melakukan penelitian terhadap beberapa isu yang harus diperincikan bagi memuktamadkan gencatan senjata berkenaan. "Kita yakin Hamas akan meneliti beberapa isu yang masih perlu diperincikan sebelum dimuktamadkan. "Apa yang paling penting ialah peperangan, penindasan, kebuluran dan kematian akibat penyakit mesti segera dihentikan. Yang penting, Gaza dan Palestin mesti diselamatkan," katanya. Ahmad Zahid berkata, antara cabaran utama dalam usaha keamanan itu ialah sikap Israel yang sering melanggar perjanjian gencatan senjata termasuk terus melancarkan pengeboman dan sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan. "Itu masalah terbesar yang dihadapi penduduk Gaza dan Palestin. Walaupun cadangan 20 perkara itu telah dikemukakan, pengeboman tetap dijalankan Israel," katanya. Media sebelum ini melaporkan, sejak Oktober 2023, serangan Israel mengorbankan hampir 67,200 penduduk Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan wilayah itu tidak lagi sesuai didiami.

Israel perlu hormati suara masyarakat dunia
Technology

Israel perlu hormati suara masyarakat dunia

SHAH ALAM: Israel perlu menghentikan segera segala bentuk serangan dan sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, selain melepaskan semua tahanan flotila kemanusiaan yang kini ditahan di negara itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pada masa sama, Malaysia menghargai kesediaan Hamas menerima draf awal fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebagai langkah ke arah menghentikan pertumpahan darah di Gaza. "Israel perlu menghormati suara masyarakat dunia yang menggesanya menghentikan tindakan biadabnya itu. "Kita menuntut Israel menghentikan sebarang serangan, sekatan bantuan makanan serta segera melepaskan tahanan flotila kemanusiaan. "Israel perlu menjadi sebahagian daripada masyarakat antarabangsa dan mematuhi norma kemanusiaan sejagat," katanya. Terdahulu, awal pagi tadi, Hamas mengumumkan pihaknya bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan Trump, sambil menghargai usaha pemimpin itu bersama Turkiye, Qatar dan Mesir. Menurut kenyataan kumpulan itu di saluran Telegram rasmi Hamas, kumpulan itu mengumumkan satu perjanjian telah dicapai yang memperuntukkan penghentian peperangan di Gaza, pengunduran pasukan penceroboh, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pertukaran tahanan. Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas Trump mengumumkan Israel dan Hamas menandatangani fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza yang dicadangkan oleh AS. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata dengan persetujuan itu, kumpulan pejuang itu akan melakukan penelitian terhadap beberapa isu yang harus diperincikan bagi memuktamadkan gencatan sejata berkenaan. "Kita yakin Hamas akan meneliti beberapa isu yang masih perlu diperincikan sebelum dimuktamadkan. "Apa yang paling penting ialah peperangan, penindasan, kebuluran dan kematian akibat penyakit mesti segera dihentikan. Yang penting, Gaza dan Palestin mesti diselamatkan," katanya. Ahmad Zahid berkata, antara cabaran utama dalam usaha keamanan itu ialah sikap Israel yang sering melanggar perjanjian gencatan senjata termasuk terus melancarkan pengeboman dan sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan. "Itu masalah terbesar yang dihadapi penduduk Gaza dan Palestin. Walaupun cadangan 20 perkara itu telah dikemukakan, pengeboman tetap dijalankan Israel," katanya. Memetik laporan BERNAMA–ANADOLU, sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan hampir 67,200 penduduk Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan wilayah itu tidak lagi sesuai didiami.