Tuesday, October 28, 2025
Technology

Tetsuya Yamagami mengaku salah bunuh bekas PM Jepun, Shinzo Abe

TOKYO: Lelaki bersenjata yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, mengaku salah di mahkamah, di Nara, hari ini, tiga tahun selepas pembunuhan di siang hari yang mengejutkan dunia. Pembunuhan itu memaksa negara yang jarang berdepan insiden keganasan senjata api itu menilai semula keselamatannya, selain mencetuskan siasatan terhadap hubungan antara ahli politik konservatif terkenal dan satu kumpulan keagamaan rahsia, Gereja Unifikasi. "Semuanya benar," kata Tetsuya Yamagami di mahkamah di bandar barat Nara, sambil mengakui membunuh pemimpin paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun pada Julai 2022. Lelaki berusia 45 tahun itu dibawa masuk ke bilik perbicaraan oleh empat pegawai keselamatan. Apabila hakim meminta beliau menyatakan namanya, Yamagami yang memakai kemeja-T hitam dan berambut panjang diikat ke belakang menjawab dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Namun, peguamnya berkata, mereka akan mencabar beberapa pertuduhan, termasuk pelanggaran undang-undang kawalan senjata api kerana didakwa menggunakan senjata buatan sendiri. Perbicaraan Yamagami lama tertangguh selepas penemuan satu objek mencurigakan yang kemudian disahkan tidak berbahaya menyebabkan pembatalan saat akhir dan pemindahan keluar bangunan mahkamah Nara pada 2023. Satu daripada isu utama dalam kes ini ialah sama ada keadaan "penderaan agama" semasa zaman kanak-kanak Yamagami boleh dianggap sebagai faktor meringankan hukuman. Ia didakwa berpunca daripada pengabdian melampau ibunya terhadap Gereja Unifikasi, menurut laporan media tempatan. Yamagami dilaporkan berdendam terhadap Abe kerana menganggap beliau mempunyai hubungan rapat dengan Gereja tersebut, yang diasaskan di Korea Selatan pada 1954, dan pengikutnya digelar "Moonies" sempena nama pengasasnya, Sun Myung Moon. Gereja itu dituduh mengabaikan kebajikan anak-anak ahlinya serta mengeksploitasi mereka dari segi kewangan, dakwaan yang dinafikan oleh pihak Gereja. Yamagami dikatakan menaruh dendam selepas gereja itu memufliskan keluarganya, apabila ibunya mendermakan kira-kira 100 juta yen (sekitar AS$1 juta ketika itu) sebagai bukti keimanannya. Siasatan selepas pembunuhan Abe mendedahkan hubungan erat antara Gereja Unifikasi dan ramai ahli politik konservatif dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah, menyebabkan empat menteri meletakkan jawatan. Awal tahun ini, Mahkamah Daerah Tokyo mengeluarkan perintah pembubaran terhadap cabang Gereja Unifikasi di Jepun, dengan menyatakan ia menyebabkan "kerosakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini" kepada masyarakat. Pembunuhan itu juga menjadi peringatan besar bagi Jepun, sebuah negara dengan undang-undang kawalan senjata yang paling ketat di dunia. Keganasan senjata api amat jarang berlaku di Jepun sehingga pegawai keselamatan di lokasi kejadian gagal mengenal pasti bunyi tembakan pertama, dan bantuan kepada Abe datang terlambat, menurut laporan polis selepas serangan itu. Insiden tersebut mendorong Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang pada 2024 untuk memperkukuh kawalan senjata, bagi menghalang pembuatan senjata api buatan sendiri. Di bawah undang-undang baharu itu, memuat naik video tutorial cara membuat senjata api atau menyebarkan maklumat jualan senjata di media sosial boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga setahun. - AFP

Tetsuya Yamagami mengaku salah bunuh bekas PM Jepun, Shinzo Abe

TOKYO: Lelaki bersenjata yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, mengaku salah di mahkamah, di Nara, hari ini, tiga tahun selepas pembunuhan di siang hari yang mengejutkan dunia.

Pembunuhan itu memaksa negara yang jarang berdepan insiden keganasan senjata api itu menilai semula keselamatannya, selain mencetuskan siasatan terhadap hubungan antara ahli politik konservatif terkenal dan satu kumpulan keagamaan rahsia, Gereja Unifikasi.

"Semuanya benar," kata Tetsuya Yamagami di mahkamah di bandar barat Nara, sambil mengakui membunuh pemimpin paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun pada Julai 2022.

Lelaki berusia 45 tahun itu dibawa masuk ke bilik perbicaraan oleh empat pegawai keselamatan.

Apabila hakim meminta beliau menyatakan namanya, Yamagami yang memakai kemeja-T hitam dan berambut panjang diikat ke belakang menjawab dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

Namun, peguamnya berkata, mereka akan mencabar beberapa pertuduhan, termasuk pelanggaran undang-undang kawalan senjata api kerana didakwa menggunakan senjata buatan sendiri.

Perbicaraan Yamagami lama tertangguh selepas penemuan satu objek mencurigakan yang kemudian disahkan tidak berbahaya menyebabkan pembatalan saat akhir dan pemindahan keluar bangunan mahkamah Nara pada 2023.

Satu daripada isu utama dalam kes ini ialah sama ada keadaan "penderaan agama" semasa zaman kanak-kanak Yamagami boleh dianggap sebagai faktor meringankan hukuman.

Ia didakwa berpunca daripada pengabdian melampau ibunya terhadap Gereja Unifikasi, menurut laporan media tempatan.

Yamagami dilaporkan berdendam terhadap Abe kerana menganggap beliau mempunyai hubungan rapat dengan Gereja tersebut, yang diasaskan di Korea Selatan pada 1954, dan pengikutnya digelar "Moonies" sempena nama pengasasnya, Sun Myung Moon.

Gereja itu dituduh mengabaikan kebajikan anak-anak ahlinya serta mengeksploitasi mereka dari segi kewangan, dakwaan yang dinafikan oleh pihak Gereja.

Yamagami dikatakan menaruh dendam selepas gereja itu memufliskan keluarganya, apabila ibunya mendermakan kira-kira 100 juta yen (sekitar AS$1 juta ketika itu) sebagai bukti keimanannya.

Siasatan selepas pembunuhan Abe mendedahkan hubungan erat antara Gereja Unifikasi dan ramai ahli politik konservatif dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah, menyebabkan empat menteri meletakkan jawatan.

Awal tahun ini, Mahkamah Daerah Tokyo mengeluarkan perintah pembubaran terhadap cabang Gereja Unifikasi di Jepun, dengan menyatakan ia menyebabkan "kerosakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini" kepada masyarakat.

Pembunuhan itu juga menjadi peringatan besar bagi Jepun, sebuah negara dengan undang-undang kawalan senjata yang paling ketat di dunia.

Keganasan senjata api amat jarang berlaku di Jepun sehingga pegawai keselamatan di lokasi kejadian gagal mengenal pasti bunyi tembakan pertama, dan bantuan kepada Abe datang terlambat, menurut laporan polis selepas serangan itu.

Insiden tersebut mendorong Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang pada 2024 untuk memperkukuh kawalan senjata, bagi menghalang pembuatan senjata api buatan sendiri.

Di bawah undang-undang baharu itu, memuat naik video tutorial cara membuat senjata api atau menyebarkan maklumat jualan senjata di media sosial boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga setahun. - AFP

Related Articles