RINGKASAN TUGASBertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan dengan penuh dedikasi dan berhemah, menepati masa, berdisiplin, serta menjaga kenderaan agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk setiap perjalanan. DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWABMenepati masa dan mematuhi jadual tugasan yang ditetapkan. Memandu kenderaan Pejabat untuk tujuan rasmi. Mempunyai kemahiran memandu dan mengendalikan kenderaan pejabat dengan berhemah dan menjaga keselamatan penumpang dengan baik. Berkebolehan mengenggara kenderaan supaya ianya sentiasa berada di dalam keadaan selamat. Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan bersihBertanggungjawab memastikan jadual servis kenderaan dipatuhi. Menyemak keadaan kenderaan dan kelengkapan setiap hari sebelum memulakan tugas.
Mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan sikap pemanduan berhemah. Melaporkan kepada pihak Pengurusan jika terlibat dengan sesuatu kemalangan. Sentiasa bersedia menjalankan tugas di luar kawasan dan menerima arahan Pengurusan dari semasa ke semasa. KELAYAKANWarganegara Malaysia. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Memiliki kelulusan Sijil Rendah Pelajaran/ Penilaian Menengah Rendah (SRP/ PMR)/SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SRP/ PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Berkebolehan bertutur, membaca, menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Mempunyai lesen memandu yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mempunyai rekod pemanduan yang bersih dan baik. Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk sesi temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas yang diterima daripada KWSP dalam tempoh 2 BULAN selepas daripada tarikh iklan ini ditutup.
Customize your resume to highlight skills and experiences relevant to this specific position.
Learn about the company's mission, values, products, and recent news before your interview.
Ensure your LinkedIn profile is complete, professional, and matches your resume information.
Prepare thoughtful questions to ask about team dynamics, growth opportunities, and company culture.