Technology

Estevao, Casemiro pastikan Brazil menang di Emirates

LONDON: Brazil menewaskan pasukan yang turut layak ke Piala Dunia, Senegal 2-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi menerusi jaringan remaja sensasi Estevao Willian dan kapten berpengalaman Casemiro. Skuad kendalian Carlo Ancelotti menampilkan kombinasi menyerang menarik termasuk Estevao, Matheus Cunha, Rodrygo dan Vinicius Jr, menguasai sepenuhnya babak pertama perlawanan persahabatan di gelanggang Arsenal itu. Cunha hampir membuka tirai jaringan melalui tandukan tetapi terkena tiang, sebelum Estevao memberi kelebihan kepada Brazil pada minit ke-28. Pemain berusia 18 tahun itu bernasib baik bola jatuh di kaki kanannya dan menyudahkan hantaran lintang ke penjuru gol melepasi jangkauan penjaga gol Senegal, Edouard Mendy. Gol itu merupakan yang keempat dalam penampilan ke-10 Estevao bersama Brazil dan menonjolkan dirinya sebagai pemain yang perlu diperhatikan menjelang Piala Dunia tahun depan di Amerika Utara. Kapten Casemiro, 33, menggandakan kelebihan Brazil pada minit ke-35 dengan kawalan cantik terhadap sepakan percuma Rodrygo sebelum melencongkan bola ke penjuru atas gol selepas menemui ruang di kawasan lawan. Iliman Ndiaye sepatutnya menjaringkan gol untuk Senegal selepas separuh masa kedua hasil kelalaian penjaga gol Brazil, Ederson tetapi rembatannya terkena jaring tepi gol. Sadio Mane, Pemain Terbaik Afrika dua kali, gagal memberikan impak yang diperlukan pasukannya dan digantikan pada minit ke-75, salah satu daripada beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan. Juara dunia lima kali, Brazil sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selepas menamatkan pusingan kelayakan zon Amerika Selatan di tangga kelima. Senegal, juara Piala Negara-Negara Afrika 2021, menewaskan Mauritania bulan lalu untuk mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia. – AFP

Estevao, Casemiro pastikan Brazil menang di Emirates

LONDON: Brazil menewaskan pasukan yang turut layak ke Piala Dunia, Senegal 2-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi menerusi jaringan remaja sensasi Estevao Willian dan kapten berpengalaman Casemiro.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti menampilkan kombinasi menyerang menarik termasuk Estevao, Matheus Cunha, Rodrygo dan Vinicius Jr, menguasai sepenuhnya babak pertama perlawanan persahabatan di gelanggang Arsenal itu.

Cunha hampir membuka tirai jaringan melalui tandukan tetapi terkena tiang, sebelum Estevao memberi kelebihan kepada Brazil pada minit ke-28.

Pemain berusia 18 tahun itu bernasib baik bola jatuh di kaki kanannya dan menyudahkan hantaran lintang ke penjuru gol melepasi jangkauan penjaga gol Senegal, Edouard Mendy.

Gol itu merupakan yang keempat dalam penampilan ke-10 Estevao bersama Brazil dan menonjolkan dirinya sebagai pemain yang perlu diperhatikan menjelang Piala Dunia tahun depan di Amerika Utara.

Kapten Casemiro, 33, menggandakan kelebihan Brazil pada minit ke-35 dengan kawalan cantik terhadap sepakan percuma Rodrygo sebelum melencongkan bola ke penjuru atas gol selepas menemui ruang di kawasan lawan.

Iliman Ndiaye sepatutnya menjaringkan gol untuk Senegal selepas separuh masa kedua hasil kelalaian penjaga gol Brazil, Ederson tetapi rembatannya terkena jaring tepi gol.

Sadio Mane, Pemain Terbaik Afrika dua kali, gagal memberikan impak yang diperlukan pasukannya dan digantikan pada minit ke-75, salah satu daripada beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan.

Juara dunia lima kali, Brazil sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selepas menamatkan pusingan kelayakan zon Amerika Selatan di tangga kelima.

Senegal, juara Piala Negara-Negara Afrika 2021, menewaskan Mauritania bulan lalu untuk mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia. – AFP

Related Articles