Technology

Switzerland hanya selangkah ke Piala Dunia

GENEVA: Switzerland hampir memastikan tempat automatik ke Piala Dunia 2026 selepas menumpaskan Sweden 4-1 pada aksi Kumpulan B awal pagi tadi, menyaksikan mereka menghuni tangga teratas dengan kelebihan jaringan besar berbanding Kosovo di tempat kedua. Switzerland kini mengumpul 13 mata, tiga mata di depan Kosovo yang menewaskan Slovenia 2-0 di gelanggang lawan. Mereka akan menentang Kosovo pada aksi kelayakan terakhir awal pagi Rabu ini, namun dengan kelebihan jaringan 12 berbanding satu, Kosovo kemungkinan hanya mampu menghuni tangga kedua kumpulan. Tuan rumah bermula garang apabila Breel Embolo membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi rembatan tepat padu. Namun pada minit ke-33, Benjamin Nygren menyamakan kedudukan untuk Sweden yang mengakhiri babak pertama dengan aksi mantap di bawah bimbingan jurulatih baharu mereka, Graham Potter. Didorong sorakan penyokong tuan rumah, Switzerland kembali mendahului pada minit ke-60 apabila penjaga gol Sweden, Viktor Johansson didapati menjatuhkan Embolo dalam kotak penalti ketika cuba menangani bola hantaran ke belakang dan Granit Xhaka menyudahkan sepakan penalti dengan tenang. Switzerland kembali mendahului dan mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga pada minit ke-75 apabila Dan Ndoye mengatasi Johansson dengan tenang sebelum pemain gantian Johan Manzambi menambah gol keempat pada masa kecederaan. – REUTERS

Switzerland hanya selangkah ke Piala Dunia

GENEVA: Switzerland hampir memastikan tempat automatik ke Piala Dunia 2026 selepas menumpaskan Sweden 4-1 pada aksi Kumpulan B awal pagi tadi, menyaksikan mereka menghuni tangga teratas dengan kelebihan jaringan besar berbanding Kosovo di tempat kedua.

Switzerland kini mengumpul 13 mata, tiga mata di depan Kosovo yang menewaskan Slovenia 2-0 di gelanggang lawan.

Mereka akan menentang Kosovo pada aksi kelayakan terakhir awal pagi Rabu ini, namun dengan kelebihan jaringan 12 berbanding satu, Kosovo kemungkinan hanya mampu menghuni tangga kedua kumpulan.

Tuan rumah bermula garang apabila Breel Embolo membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi rembatan tepat padu.

Namun pada minit ke-33, Benjamin Nygren menyamakan kedudukan untuk Sweden yang mengakhiri babak pertama dengan aksi mantap di bawah bimbingan jurulatih baharu mereka, Graham Potter.

Didorong sorakan penyokong tuan rumah, Switzerland kembali mendahului pada minit ke-60 apabila penjaga gol Sweden, Viktor Johansson didapati menjatuhkan Embolo dalam kotak penalti ketika cuba menangani bola hantaran ke belakang dan Granit Xhaka menyudahkan sepakan penalti dengan tenang.

Switzerland kembali mendahului dan mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga pada minit ke-75 apabila Dan Ndoye mengatasi Johansson dengan tenang sebelum pemain gantian Johan Manzambi menambah gol keempat pada masa kecederaan. – REUTERS

Related Articles